Wednesday 25 September 2013

Baka-baka merpati terkenal

Pameran merpati

Pembiak merpati hias dari pelbagai negara mempamerkan burung-burung mereka di peringkat daerah, negeri dan negara dan bertanding antara satu sama lain bagi merebut hadiah.Sebuah pameran biasa di Australia mempunyai beratus-ratus merpati yang dipertandingkan dan menawarkan hadiah bagi pemenang.
Beberapa peminat telah mengadakan pameran hanya untuk merpati hias sahaja; salah satunya yang diadakan pada setiap tahun di Blackpool, England yang dianjurkan oleh Persatuan Merpati Pos Diraja telah dikunjungi oleh 25,000 orang pengunjung. Sejumlah £80,000 keuntungan yang diperolehi dari pameran ini telah didermakan kepada pertubuhan kebajikan.
Pameran terbesar diadakan di Nuremberg, Jerman yang mana menjadi lokasi bagi Pameran Merpati Kebangsaan Jerman. Sejumlah lebih daripada 33,500 ekor merpati telah dipamerkan pada tahun 2006.


Sistem penggelasan ini diterima pakai berdasarkan buku standard The Australian Fancy Pigeons. Di mana pertimbangan diberikan kepada buku standard baru UK yang mana berdasarkan sistem kumpulan Jerman dan Eropah. Versi ini sedikit berbeza dari sistem kumpulan Eropah .

Bulu dan suara (baka Asia)


Seekor merpati merak mengembangkan ekornya

Warna


Danish Suabian
Kebanyakan jenis ini berasal dari Jerman. Kepelbagaian jenis berdasarkan pemilihan warna dan tanda.

Bulu balik dan burung hantu


Seekor Owl Afrika
Perkataan "Frill" atau "ropol" di sini merujuk akan ciri ropol yang terdapat pada bahagian dada merpati. Merpati di dalam kumpulan ini juga memiliki paruh pendek.

Merpati Homer 

Merpati Homing


German Beauty Homer
Kumpulan ini mengumpulkan baka-baka yang asalnya dibiakkan kerana keupayaan untuk pulang ke sarang. Ia termasuk jenis pameran merpati lumba.

Merpati ayam

Merpati dalam kumpulan ini dikelaskan sebagai merpati ayam betina di sebabkan bentuk ekornya yang menyerupai ayam betina.

Pouter dan Cropper


Pouter Pigmy
Kumpulan ini terdiri dari baka-baka yang dibiakkan kerana kemampuannya untuk mengembungkan temboloknya.

Tumbler pameran


Crested Helmet
Asalnya anggota di dalam kumpulan ini adalah baka-baka tumbler tetapi kini diperbaiki bagi digunakan untuk tujuan pameran atau kecantikan.

Tumbler dan Highflier

Rencana utama: Merpati Terbang/ Sukan

Tippler
Kumpulan ini memiliki dua kegunaan di sebabkan keupayaan aerobatik atau kesukanan dan juga digunakan dalam pertandingan lumba.

Daging


Seekor Carneau merah
Termasuk baka-baka asalnya yang dibangunkan untuk pengeluaran dagingnya (squab).
  • Carneau
  • Mondain Perancis
  • King
  • Runt
  • Strasser
  •  
  •  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJlD-PTHWhyphenhyphengYa6yA8TqiBdNpUT3-4CyDolbc-pqLFJqdVCfT2fiRCN017h5DC3yDu3_QjI8FPnmOORBNoH5RQSTtpU6UTkTCBCwBon6lardUIr2r0RXcM5_neswLPoyOTCK4curEoyg4/s1600/flowerbar.gif
  •  
  •  

No comments:

Post a Comment