Saturday 28 September 2013



 Sumbangan Merpati semasa perang


Merpati dan falkon pemburu merpati
Kita semua telah mengetahui di masa lalu, burung merpati seringkali digunakan sebagai pengantar pesan. Begitu juga dimasa perang, hingga Perang Dunia II perang burung merpati dalam peperangan masih sangat menentukan. Ada kisah yang cukup inspirasional mengenai seekor burung merpati pembawa pesan bernama Cher Ami yang berhasil menyelamatkan 200 tentara dari gempuran artileri musuh. Burung tersebut membawa pesan permintaan tolong, dan di tengah derasnya hujan peluru burung tersebut berhasil melakukan tugasnya walaupun ia tertembak di dada dan kehilangan salah satu kakinya.
Kisah berikutnya terjadi di masa Perang Dunia II. Pihak Inggris telah mengetahui bahwa Jerman menggunakan burung-burung merpati untuk mengirimkan pesan kepada seluruh pasukannya yang tersebar di seantero Eropa saat itu. Bahkan seorang staff Nazi SS dengan bangga mengangkat dirinya sebagai Ketua Perkumpulan Merpati Nasional German (German National Pigeon Society).
Untuk mengantisipasi ini, pihak Inggris juga membentuk seksi khusus yang bernama Army Pigeon Service Special Section. Walapun memiliki nama berkaitan tentang merpati, di dalamnya ternyata tidak ada merpati satu ekor pun. Melainkan mereka melatih burung-burung Falkon Peregrin yang merupakan musuh alami merpati di alam liar. Burung-burung falkon ini dilatih untuk memburu merpati-merpati pembawa surat dan menggagalkan pengiriman berita.

Thursday 26 September 2013


Kebiasaannya burung merpati boleh diperolehi daripada kedai-kedai haiwan peliharaan, pembiak-pembiak burung merpati komersial atau pemelihara-pemelihara burung merpati individu yang berminat untuk menjual burung merpati mereka. Manakala harga pasaran bagi burung merpati boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada jenis, kualiti, usia dan budibicara pemiliknya. Disini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk membeli burung merpati agar anda tidak tertipu atau mengalami kerugian dikemudian hari. Antara tip-tipnya adalah:

1. JENIS - Pastikan jenis merpati yang ingin dipelihara. Pastikan juga bakanya samada import, baka import, baka tempatan atau kacukan. Merpati import bermaksud merpati yang diimport sepenuhnya terutama dari negara asalnya, baka import merujuk kepada anak atau keturunan daripada kedua-dua induk jantan dan betina yang diimport sepenuhnya, manakala baka tempatan atau kacukan merujuk kepada merpati yang telah dikacuk dengan baka merpati tempatan atau mana-mana jenis merpati lain atau yang sejenis dengannya;

2. KUALITI - Pastikan tahap kualiti dan keaslian burung merpati tersebut. Burung merpati yang diimport sepenuhnya kebiasaannya adalah lebih mahal daripada burung merpati baka import yakni anak atau keturunan daripada merpati import. Merpati import atau baka import mempunyai saiz yang lebih besar, lebih menarik dan harganya adalah lebih tinggi berbanding merpati baka tempatan. Manakala burung merpati kacukan yang diimport dan anak-anak daripada induk burung merpati asli yang diimport dan dikacukkan dengan burung merpati tempatan lazimnya kurang menarik dan kehilangan beberapa ciri menarik yang terdapat pada burung merpati yang asli. Setiap burung merpati import memiliki tanda atau gelang yang mempunyai nombor siri dan maklumat pembiaknya dan setiap pengimport unggas perlu mendapatkan permit import daripada Jabatan Veterinar Malaysia dan jika berkenaan, sijil pengesahan daripada PERHILITAN Malaysia dan CITES yakni badan antarabangsa yang mengawal perdagangan hidupan liar bagi haiwan yang dilindungi. Pastikan kredibiliti pembiak dan pengimport tersebut dengan meminta salinan dokumen bagi status burung tersebut. Anda juga boleh mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Veterinar dan/atau Kastam Diraja Malaysia bagi memastikan keaslian dokumen tersebut;

3. JANTINA - Pastikan jantina burung yang ingin dibeli. Tugas untuk memastikan jantina burung merpati anak muda memang agak sukar untuk dilakukan terutamanya bagi anak muda yang berumur dibawah 3 bulan. Ini adalah kerana kebiasaannya burung merpati akan bertelur sebanyak 2 biji bagi setiap pusingan dan akan memperoleh 2 ekor anak samada kedua-duanya jantan, atau kedua-duanya betina, atau sepasang yakni jantan dan betina. Namun ada juga merpati yang boleh menghasilkan anak yang berpasangan jantan dan betina secara konsisten. Secara umumnya jantina burung merpati boleh ditentukan dengan cara berikut:

a) Saiz - saiz badan dan kepala yang jantan adalah lebih besar daripada yang betina. Sekiranya perbezaan saiznya tidak berapa ketara atau hampir sama, berkemungkinan kedua-dua merpati tersebut adalah sama jantinanya;
b) Wajah - wajah yang jantan adalah lebih keras dan berpandangan tajam manakala wajah yang betina adalah lebih lembut;
c) Gaya - gaya yang jantan adalah lebih menyerlah dan menarik berbanding dengan gaya yang betina;
d) Tulang Pelvik - ruas bagi tulang pelvik atau dikenali juga sebagai "sepit udang" yang terletak pada bahagian bawah duburnya adalah sempit bagi yang jantan dan luas bagi yang betina, namun penggunaan cara ini tak semestinya 100% tepat;
e) Mengawan - lazimnya yang jantan akan berada diatas dan yang betina berada dibawah dan hanya kadang-kadang sahaja posisinya terbalik dengan yang betina berada diatas manakala yang jantan berada dibawah. Tapi harus diingat ada juga pasangan yang menjadi gay atau lesbian. Sekiranya jumlah telur bagi pasangan tersebut mencapai 4 biji, berkemungkinan besar yang kedua-dua merpati tersebut adalah betina;
f) Memiliki anak - ok yang ni merupakan cara terbaik untuk mengenali jantina burung merpati dan ketepatannya dijamin 100%. Jadi kalau anda tidak berani menanggung risikonya dan ingin mendapatkan pulangan yang lebih cepat diatas pelaburan yang anda lakukan, maka inilah cara yang terbaik untuk anda.. yakni beli induknya dan bukan anaknya.

Sekiranya anda telah terbeli pasangan burung merpati yang sama jantinanya, anda boleh menukarkan salah seekornya, menjual salah seekornya kemudian membeli pasangannya atau menjual kedua-duanya kepada peminat burung merpati yang lain. Pastikan juga anda berlaku jujur dengan menyatakan perkara sebenar atau satus burung tersebut kepada mereka yang berminat untuk membelinya.

4. TAHAP KESIHATAN - Pastikan tahap kesihatan burung merpati yang ingin dibeli berada pada tahap yang memuaskan seperti tiada tanda-tanda penyakit puru, murung, lumpuh, terlalu kurus atau gejala penyakit lain dan juga tiada sebarang kecacatan pada pancainderanya. Pastikan juga burung yang ingin dibeli tidak mempunyai sebarang parasit seperti kutu, lalat merpati dan lain-lain. Untuk memastikannya, pegang burung tersebut dan selakkan sayapnya, kerana parasit-parasit tersebut biasanya bertelur dan hidup pada bahagian bawah pelepah sayap burung, bahagian ekor dan juga keseluruhan bulu pada bahagian badannya. Ianya juga mudah merebak kepada burung-burung yang lain.

5. HARGA - Pastikan harga burung merpati yang ingin dibeli bersesuaian dengan bajet anda. Empunya burung yang cantik, unik lagi berkualiti mungkin akan meletakkan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran manakala burung yang kurang kualitinya atau yang mempunyai masalah akan dijual dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran, sekali pun jenis dan rupa burung tersebut adalah sama. Anda juga perlu berhati-hati dengan promosi harga terendah atau harga tawaran yang terlalu murah berbanding dengan harga pasaran semasa bagi mengelakkan terbelinya burung yang bermasalah atau burung yang dicuri. Burung yang bermasalah adalah seperti burung yang berpenyakit, enggan mengawan, bertelur tapi tiada benih, ada benih tapi tidak menetas, bertelur tapi enggan mengeram, bertelur sebiji sahaja, bertelur tetapi selalu dipecahkannya, tidak pandai jaga anak, anak selalu mati dan sebagainya. Selidiki terlebih dahulu kredibiliti seseorang penjual sebelum anda membeli burung merpati daripadanya.

6. KHIDMAT SELEPAS JUALAN - Pastikan penjual boleh memberi khidmat selepas jualan seperti anda boleh menghubunginya melalui telefon, mengajukan sebarang pertanyaan berkaitan, meminta khidmat nasihat dan sebagainya. Penjual yang bersifat tidak jujur atau lebih tepatnya penipu, akan cuba mengelak daripada dihubungi dan melayani pertanyaan anda. Tanda-tanda awal bagi penjual seperti ini adalah kegagalannya untuk memenuhi perjanjian yang dibuat dan tidak menepati masa.

puru oh puru

masalah puru melanda reban merpatiku...2ekor anak aji @mooke putih mati akibat puru..untuk mengatasi masalah ne..kenalah bersihkan reban...

Wednesday 25 September 2013

Baka-baka merpati terkenal

Pameran merpati

Pembiak merpati hias dari pelbagai negara mempamerkan burung-burung mereka di peringkat daerah, negeri dan negara dan bertanding antara satu sama lain bagi merebut hadiah.Sebuah pameran biasa di Australia mempunyai beratus-ratus merpati yang dipertandingkan dan menawarkan hadiah bagi pemenang.
Beberapa peminat telah mengadakan pameran hanya untuk merpati hias sahaja; salah satunya yang diadakan pada setiap tahun di Blackpool, England yang dianjurkan oleh Persatuan Merpati Pos Diraja telah dikunjungi oleh 25,000 orang pengunjung. Sejumlah £80,000 keuntungan yang diperolehi dari pameran ini telah didermakan kepada pertubuhan kebajikan.
Pameran terbesar diadakan di Nuremberg, Jerman yang mana menjadi lokasi bagi Pameran Merpati Kebangsaan Jerman. Sejumlah lebih daripada 33,500 ekor merpati telah dipamerkan pada tahun 2006.


Sistem penggelasan ini diterima pakai berdasarkan buku standard The Australian Fancy Pigeons. Di mana pertimbangan diberikan kepada buku standard baru UK yang mana berdasarkan sistem kumpulan Jerman dan Eropah. Versi ini sedikit berbeza dari sistem kumpulan Eropah .

Bulu dan suara (baka Asia)


Seekor merpati merak mengembangkan ekornya

Warna


Danish Suabian
Kebanyakan jenis ini berasal dari Jerman. Kepelbagaian jenis berdasarkan pemilihan warna dan tanda.

Bulu balik dan burung hantu


Seekor Owl Afrika
Perkataan "Frill" atau "ropol" di sini merujuk akan ciri ropol yang terdapat pada bahagian dada merpati. Merpati di dalam kumpulan ini juga memiliki paruh pendek.

Merpati Homer 

Merpati Homing


German Beauty Homer
Kumpulan ini mengumpulkan baka-baka yang asalnya dibiakkan kerana keupayaan untuk pulang ke sarang. Ia termasuk jenis pameran merpati lumba.

Merpati ayam

Merpati dalam kumpulan ini dikelaskan sebagai merpati ayam betina di sebabkan bentuk ekornya yang menyerupai ayam betina.

Pouter dan Cropper


Pouter Pigmy
Kumpulan ini terdiri dari baka-baka yang dibiakkan kerana kemampuannya untuk mengembungkan temboloknya.

Tumbler pameran


Crested Helmet
Asalnya anggota di dalam kumpulan ini adalah baka-baka tumbler tetapi kini diperbaiki bagi digunakan untuk tujuan pameran atau kecantikan.

Tumbler dan Highflier

Rencana utama: Merpati Terbang/ Sukan

Tippler
Kumpulan ini memiliki dua kegunaan di sebabkan keupayaan aerobatik atau kesukanan dan juga digunakan dalam pertandingan lumba.

Daging


Seekor Carneau merah
Termasuk baka-baka asalnya yang dibangunkan untuk pengeluaran dagingnya (squab).
  • Carneau
  • Mondain Perancis
  • King
  • Runt
  • Strasser
  •  
  •  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJlD-PTHWhyphenhyphengYa6yA8TqiBdNpUT3-4CyDolbc-pqLFJqdVCfT2fiRCN017h5DC3yDu3_QjI8FPnmOORBNoH5RQSTtpU6UTkTCBCwBon6lardUIr2r0RXcM5_neswLPoyOTCK4curEoyg4/s1600/flowerbar.gif
  •  
  •  

JENIS-JENIS BURUNG MERPATI 

Merpati adalah burung hewan peliharaan yang populer. Keindahan bentuk dan warnanya merupakan kesenangan tersendiri bagi penggemarnya. Merpati telah dibiakkan ratusan tahun dan memproduksi beberapa keturunan aneh, unik dan merpati mewah. Berikut daftar jenis merpati paling unik yang tersebar di dunia.
1. Jacobin Pigeon
Diberi nama seperti itu karena bulu-bulu yang mengitari kepalanya menggambarkan topi yang dipakai pendeta-pendeta Jacobin. Burung diternakkan dengan warna putih, jitam, biru, perak, merah dan kuning.
2. Frillback Pigeon
Burung yang istimewa tetapi kurang popular. Merpati ini berbulu ikal di bandan dan sayap, sehingga ditemukan adanya bulatan-bulatan kecil bagaikan bulu. Ada yang jambul ada yang tidak. Burung yang baik harus punya ikal yang kokoh. Warna ada yang hitam, putih, kebiruan, kemerahan, kekuningan. Yang kemerahan dan kekuningan dianggap sebagai bentuk yang baik.

3. Barb Pigeon
The Barb (juga disebut Barb Inggris) adalah jenis merpati mewah dikembangkan selama bertahun-tahun pembiakan selektif. Barbs, bersama dengan varietas lainnya merpati peliharaan, semuanya keturunan dari Rock Pigeon (Columba livia). Berkembang biak ini disebut oleh Shakespeare. Itu juga disebut dengan ilustrasi di Charles Darwin Variasi Hewan dan Tanaman bawah Domestikasi.

4. Old German Cropper
Bersanak dekat dengan pouter. Keduanya menjadi keluarga besar, dengan cirri-ciri hampir sama. Salah satu cropper yang terkenal adalah English Cropper. Tembolok besar, berdirinya tegak, badan dan pnggang langsing dengan kaki panjang. Termasuk merpati yang tinggi karena bisa setinggi 50 cm dari kepala sampai kaki. Pada tembolok merpati ini ada gambar bulan sabit dengan kedua ujung bertemu di dekat kedua matanya. Ujung sayap, bagaina bawah badan, kaki dan bulu-bulu putih di sayap menggambarkan bintik-bintik seperti bulu.
Jenis lain dari Cropper adalah Pouter yang mudah dijinakkan dan menyenangkan. Jenis lainnya adalah Holle Cropper yang berbentuk seperti merpati kipas, tetapi tidak berekor kipas. Jenis lain Cropper adalah Valencia Cropper yang bertembolok menggantung, mengembang seakan dibusungkan.
5. Chinese Owl
The Owl Cina adalah jenis merpati mewah dikembangkan selama bertahun-tahun Owls breeding.Chinese selektif, bersama dengan varietas lainnya merpati peliharaan, semuanya keturunan dari Rock Pigeon (Columba livia). Berkembang biak ini dikenal karena ukurannya yang kecil dan bulu yg berjumbai berlimpah.
6. Ghent Cropper
Cropper Ghent adalah jenis merpati mewah dikembangkan selama bertahun-tahun pembiakan selektif. Ghent Croppers, bersama dengan varietas lainnya merpati peliharaan, semuanya keturunan dari Rock Pigeon (Columba livia).7. English Trumpeter
Oleh orang Belanda burung ini dikenal sebagai Tuimelaar. Burung ini punya keistimewaan terbang dari ketinggian tertentu akan turun ke ketinggian tertentu dengan melakukan serangkaian salto atau jungkir balik di udara. Semula burung ini merupakan burung olahraga tetapi kemudian menjadi burung untuk pameran.
8. Reversewing Pouter
Reversewing Pouter adalah jenis merpati mewah dikembangkan selama bertahun-tahun pembiakan selektif. Reversewing Pouters, bersama dengan varietas lainnya merpati peliharaan, semuanya keturunan dari Rock Pigeon (Columba livia). Berkembang biak ini dikenal dengan tanda-tanda yang eye-catching.9. Old Dutch Capuchine
Old Duct Capuchine adalah jenis merpati mewah dikembangkan selama bertahun-tahun pembiakan selektif. Old Belanda Capuchines, bersama dengan varietas lainnya merpati peliharaan, semuanya keturunan dari Rock Pigeon (Columba livia).
10. Carrier
: sering disebut English Carrier, berasal dari Bazora Persia. Awalnya adalah burung pembawa berita, tetapi kemudian kalah tenanr dibandingkan Racing Homer. English Carrier punya ciri bulu keras dan rapat ke badan, pial paruh berwarna putih, bisa membesar sebesar biji kemiri, dan baru berhenti setelah usia 3 tahun. Kelopak mata dikelilingi pial dalam bentuk lingkaran yang besar. Tinggi 45-48 cm, berat 500-650 gram. Warna hitam, merah, kuning, putih, dan ada yang berpita biru.
 
11Carneau
Burung konsumsi dari Belgia Selatan atau Perancis Utara, berat 750 gram 

. 
12. Strasser
Dikembankan di Austria sebagai burung konsumsi tetapi kalah popular disbanding Carneau. Strasser hamper menyerupai merpati Gazzi Modena. Kepala, leher, sayap dan ekor dapat memiliki berbagai warna dengan badan berwarna putih.
 
13Mondaine
Keturunan merpati Perancis dan Italia sebagai burung konsumsi. Berpenampilan menarik tetapi untuk burung konsumsi kalah populer disbanding burung lain.
aks.parsbloger.com
14. Kipas (Fantail):
Berasal dari India dan Cina. Tanda mencolok ekornya menyerupai kipas. Tetapi karena ekor panjang, kita harus sering memotongnya agar bisa kawin. Kelemahan burung ini, harus dicarikan indukan lain untuk mengasuh anak.
15. Modena:
Diambil dari nama kota tempat dia berasal. Terkenal sebagai merpati ternak yang baik. Yang terkenal dari jenis ini adalah Gazzi Modena dengan badan putih serta kepala, sayap dan ekor berwarna-warni. Termasuk merpati kecil dengan ukuran panjang 25 cm, tetapi padat gemuk (buntek) dan bergaya anggun.
 
16. Florentine:
Berasal dari Florence, Italia. Berbentuk seperti ayam betina. Terkenal di Eropa sebagai burung pameran, tetapi bisa masuk sebagai burung konsumsi karena bisa mencapai berat 500-800 gram). Kepala, sayap dan ekor berwarna-warni dengan badan putih.
17. Lahore:
Di Pakistan dan sekitarnya dikenal dengan nama Shiraz (kota tempat burung berasal). Leher, perut, dada dan ekor berwarna putih. Kepala, pinggang dan sayap bisa berwarna lain. Kaki bisa berbulu semua tetapi ada yang polos. Bisa dimasukkan sebagai merpati konsumsi karena badannya besar. Diternakkan dengan bulu beraneka warna.
18. Satinette Oriental Frill
Sangat menawan hati, berasal dari Turki, dengan jenis banyak sekali tetapi yang paling populer adalah Satinette yang mempunyai badan berwarna putih dengan garis-garis
pada bahu, sayap, dan ekor warna hitam, biru dan abu-abu cokelat.
Bagian sayap untuk terbang berwarna putih. merpati ini punya bulu balik di daerah dada.
Karena pandai membesarkan anak, jenis ini sering digunakan untuk “orang tua asuh”.
Ada pula merpati dengan sebutan terkenal Owl yang dikenal di Indonesia dengan nama Meeuw.
Kekhususannya adalah berparuh pendek, pial dan kepala membentuk bulatan. Ada berbagai jenis dari merpati ini.
Berbeda dengan Oriental Frill, kepala Owl biasa saja tanpa jambul. merpati ini tidak pandai membesarkan anak..


19. King Pigeon
 adalah merpati yang dulunya diperuntukkan sebagai pedaging, namun seiring berjalannya waktu bentuknya yang lucu dan bulunya yang indah, merpati King dipamerkan sebagai merpati hias.
18. American Giant Homer Pigeon